Login
Search
Main Menu
Site Info
Top Posters
Who's Online
4 user(s) are online ( 1 user(s) are browsing Articles)
Members: 1
Guests: 3
jacksparrow,
more...
Iklaneka
|
|
| Posted by papajahat on 2008/11/21 2:45:48 (9 reads) |
pengalaman saya dalam bidang pancing memancing ni sudah hampir 20 tahun ( tolak cuti umum ).pengalaman ni terbahagi kepada dua...satu yang manis dan satu lagi yang pahit ( taktau la pulak kalau ade yang masam ).paling advanture<--ntah betu ntah salah adalah bab mencarik umpan...selalunyer umpan yang saya gunakan amat sukar memandangkan mende tu dah payah saya jumpa buat mase ni...
|
|
|
|
| Posted by jacksparrow on 2008/11/6 16:36:32 (15 reads) |
HOT Catches from the IGFA October 2008 By Pete Johnson, Johnson Communications – IGFA PR counsel
Each month world records coordinator Rebecca Wright of the International Game Fish Association provides highlights of selected documented fish catches made across the globe submitted for world records. Here are nine recent submissions which are now before the world records committee.
A nearly 32-year old IGFA world record for a tiger trout (Salmo trutta x Salvelinus fontinalis) may be broken on a catch made by Evan Roda, of Spokane Valley, Wash., USA. On May 27 Roda was on Washington’s appropriately named Fish Lake using a Lucky Craft Pointer lure tied on 4 kg (8 lb) class line when the 6.24 kg (13 lb 12 oz) fish hit for a 15 minute fight. The current IGFA record for the species is 11 lb 9 oz ( 5.25 kg.) caught July 16, 1976.
On August 3, smallfry angler Hailey Rowan Meinhardt, guided by Rob Meinhardt, landed a California corbina (Minticirrhus undulatus) weighing 1.36 kg (3 lb 0 oz) while fishing off her hometown of Newport Beach, California, USA. She may be the first young angler to fill-in the IGFA’s currently vacant junior division’s female smallfry record for the species.

Another young angler Anthony "Paul" Mendoza, Rancho Santa Margarita, Calif, USA, may make a significant jump in the junior male division of the IGFA world record book after landing a California halibut (Paralichthys californicus) on June 22. Guided by Ernest Prieto while fishing Coronado Islands, Mexico, Mendoza used a live anchovy and outlasted the fish which weighed 22.62 kg (49 lb 14 oz) in the 15 minute fight. The current junior boy’s IGFA record is 36 lb. 0 oz (16.32 kg) caught on April 2, 2005.
Escaping the summer heat and humidity of Tampa, Fla., for the cool climes of Icy Bay, Alaska, USA, junior angler James C. Seegraves, guided by George Davis, landed a Pacific halibut (Hippoglossus stenolepis) on July 10. It took Seegraves 20 minutes to subdue the fish, weighing in at 56.25 kg (124 lb 0 oz). He’s hoping to beat the current junior male IGFA record which is 104 lb 0 oz (47.17 kg.), caught September 3, 2006.
Using an eel fly tied to thin 2 kg (4 lb) tippet while fly-fishing the nearby James River, William L. Nicar, of Richmond, Va., USA, landed a flathead catfish (Pylodictis olivaris) on July 27, weighing in at 13.38 kg (29 lb 8 oz). It took Nicar 24 minutes to pull the fish to shore and he now has hopes of beating the current IGFA record of 21 lb. 8 oz ( 9.75 kg.) caught on January 13, 2004.
Fishing the Gulf of Mexico off the Florida, USA coast, Burtchville, Michigan angler Bill McClarty III, guided by Chris Galati, landed a black grouper (Mycteroperca bonaci) on July 22, weighing 23.84 kg (52 lb 9 oz). It took him 10 minutes to land the fish on 37 kg (80 lb) class line and may also land his name as the first in the men’s line class of the soon to be printed 2009 IGFA World Record Game Fishes book for the newly added species.
 Guided by Patrick Waringway while fishing Whittier, Alaska, USA, young angler Bill Francois, of Paris, France, landed a Pacific cod (Gadus macrocephalus) on July 20. The junior angler’s catch, caught in 10 minutes on a jig, weighed 4.03 kg (8 lb 14 oz). Francois has applied for a vacant male junior class division record in the IGFA book.
Fishing the Norfolk Canyon area, some 70 miles off the Virginia Beach, Va., USA coast, Ron Van Kirk, of nearby Williamsburg, Va., guided by Sean Doran, South Miles, N.C., landed a Darwin’s slimehead (Gephyroberyx Darwinii) on August 19. Van Kirk, who used cut squid for bait to lure the fish that weighed 3.4 kg (7 lb 8 oz), has applied for the vacant IGFA All-Tackle record for the species.
 Italian angler Massimo Brogna, from Catania Sicily, guided by Henry Magri while fishing the waters off Dakar, Senegal, may find his name filled in the previously vacant space of the men’s line class in the IGFA World Record Game Fishes book after landing a Guinean barracuda (Sphyraena afra) on July 27. The fish weighing in at 8.85 kg (19 lb 8 oz) was easily caught on 60 kg (130 lb) class line and landed in three minutes using a live yaboy for bait.

|
|
|
|
| Posted by CupidChaoS on 2008/10/31 20:48:32 (28 reads) |
KETIKA memancing di laut pemancing sering kali didatangi rasa tertekan mungkin kumpulan mereka tidak mendapat ikan atau individu terbabit kurang bernasib baik. Sedangkan dalam masa yang sama rakan pancing yang lain berjaya mendaratkan satu demi satu ikan. Rasa tertekan di kalangan ahli yang kurang bernasib baik itu tambah menebal dan jika tidak dapat dikawal keadaan akan menjadi lebih buruk.
Pernah berlaku dalam satu kumpulan, seorang yang kurang bernasib baik mengutuk dirinya sendiri lantas menuduh rakannya lain ada menyimpan hantu laut atau ilmu hitam yang boleh menjinakkan ikan di laut.
Lantas beliau menggantung joran pancing, tidak lagi berminat untuk meneruskan aktiviti memancing, namun ekspedisi tiga hari dua malam itu mencatat satu pengajaran baru bagi insan pemancing yang tidak pernah bersyukur atas nikmat yang Allah berikan itu apabila seorang lagi rakan pancing dalam kumpulan itu yang juga menerima nasib sepertinya, tapi rakan itu terus bersabar dan dengan tenang menanti ikan meragut umpan yang dilabuhkan itu.
Akhirnya berkat sabar sambil berusaha, beliau paling banyak meraih rezeki daripada rakan yang lain. Menyedari bahawa tekanan perasaan yang lahir daripada perasaan cemburu terhadap rezeki kawan-kawan hingga sanggup menuduh perkara yang bukan-bukan hingga membuatkan dirinya sendiri jadi mangsa dari tekanan dirinya sendiri.
Jika tuduh menuduh itu hanya untuk gurauan ketika memancing tidak mengapa, tetapi jika selepas pulang ke tanah besar perasaan marah terus berkubu dalam hati ini akan menjadi lebih buruk dan ini boleh menimbulkan perkelahian.
Justeru atas kesilapan itu beliau akhirnya sedar bahawa petua paling baik ialah sentiasa bersabar dan bersyukur walau cuma mendapat seekor anak ikan gelama. Allah tidak pernah zalim terhadap hambanya.
|
|
|
|
| Posted by CupidChaoS on 2008/10/31 20:28:47 (30 reads) |
RAMAI pemancing masih tidak mengetahui tembakau yang diadun secara tradisi untuk dihisap bersama rokok daun nipah terutama tekong bot mempunyai khasiat yang berguna terutama untuk perubatan alternatif sebelum mendapat ubat yang betul atau dihantar ke hospital.
Pernah berlaku kepada pemancing di Pantai Timur yang kehabisan ubat setelah mereka terluka kena mata kail menyebabkan banyak darah keluar. Tekong yang secara kebetulan menghisap rokok tembakau tradisional mengambil sedikit tembakau yang diadun secara tradisi dan dibasahkan dengan air.
Selepas itu tembakau berkenaan ditampal pada mata luka dan dibalut dengan kain bersih. Dalam masa kurang daripada setengah jam darah yang mengalir dari mata luka berhenti serta merta dan sejam lepas itu pemancing dapat meneruskan aktiviti seperti biasa.
Kepada tekong atau nelayan tradisi mereka memang selalu membawa tembakau, jika tidak menghisap pun mereka akan simpan untuk dijadikan ubat. Getah tembakau yang kelat boleh dijadikan ubat untuk menahan darah atau untuk sengatan binatang biasa kecil seperti lipan atau kala jengking.
Disebabkan hari ini teknologi perubatan sudah semakin maju cara tradisional hampir dilupakan. bagaimanapun kepada nelayan tempatan mereka masih mengekalkan perubatan alternatif dengan membawa daun sireh, tembakau, cuka, bawang putih sebagai pengganti ubat jika terkena musibah.
Untuk itu kepada pemancing yang sering ke laut walaupun mempunyai ubat yang mencukupi perubatan tradisi perlu disediakan kerana ia boleh dijadikan satu cara perubatan sementara untuk mendapat khidmat perubatan moden.
|
|
|
|
| Posted by CupidChaoS on 2008/10/31 20:24:47 (38 reads) |
KETIKA rasa ghairah membuat persediaan turun memancing, ramai kaki pancing lupa kepada beberapa petua yang perlu diamalkan seperti menyediakan ubat-ubatan menahan bisa, sakit perut, pening kepala atau sakit gigi serta disengat binatang bisa.
Keperluan ini sangat penting untuk dibawa bersama sama ada secara kumpulan atau individu walaupun keperluan berkenaan ada disediakan dalam bot atau kotak ubat, namun langkah berjaga-jaga perlu dilakukan kerana ada kemungkinan tekong atau ketua kumpulan terlepas pandang mengenai ubat yang perlu dibawa dalam setiap kotak atau beg pemancing.
Pernah berlaku pada satu trip memancing laut dalam apabila seorang pemancing terkena sengat ikan pari.
Sebagai langkah bantuan untuk menahan bisa, tekong bergegas membuka kotak ubat yang tersedia tetapi semua ubat yang diperlukan sudah kehabisan.
Keadaan menjadi kelam kabut dan mencemaskan. Bagaimanapun seorang daripada pemancing lain dalam kumpulan berkenaan bertindak memicit bahagian yang terkena sengat untuk mengeluarkan bisa dan kemudian menumbuk halia bersama bawang putih lalu dilumurkan pada tempat luka yang terkena sengat itu.
Langkah ini dapat mengurangkan rasa sakit kerana panas halia bercampur bawang putih dapat melawan sakit. Bagaimanapun ia perlu dirawat terlebih dulu.
Daripada peristiwa yang berlaku langkah terbaik suiaya kita semua tidak mudah panik, tetapi perlu memberikan kerjasama dan cepat memberi bantuan.
Kepada tekong berpengalaman, mereka tetap mempunyai beberapa jenis rempah ratus selain untuk masak sekurang-kurangnya sebagai pilihan kedua apabila ubat yang diperlukan tertinggal atau kehabisan.
Peranan halia dan bawang putih amat penting kerana kepercayaan masyarakat Cina dua rempah berkenaan dapat membuang angin dalam badan dan dapat menyedut biasa jika terkena sengat binatang atau ikan berbisa.
|
|
|
|
| Posted by CupidChaoS on 2008/10/31 18:35:13 (52 reads) |
BIASANYA, kita kurang berminat untuk memberi pertolongan kepada rakan pancing yang muntah-muntah dalam bot ketika keluar memancing. Alasannya kerana bimbang kita pun turut sama akan muntah.
Sepatutnya menjadi tanggungjawab anda untuk memberi rawatan kepada mereka yang menghadapi situasi berkenaan. Sekurang-kurangnya mengurut tengkuk mangsa supaya muntah keluar lebih lancar supaya lebih cepat lega.
Rakan yang muntah sudah tentu tidak berdaya untuk bangun atau bergerak jika keadaan berlarutan. Langkah pertama, anda harus membantu mereka supaya duduk bersandar dan memicit bahagian tengkuk serta pangkal telinga dengan perlahan-lahan. Mangsa muntah perlu diberi minum air suam dengan banyak bagi mengelak daripada kering mulut dan perut.
Malah jika perlu bancuh air gula bercampur garam bagi menggantikan cecair badannya yang sudah habis keluar bersama muntah. Jika ini dilakukan, mangsa akan lebih cepat segar.
Dengan apa cara sekali pun perut mesti diisi. Ini kerana selepas menerima minuman atau makanan ringan, mangsa akan muntah semula. Anda jangan panik kerana ini satu cara rawatan yang perlu lakukan.
Rakan yang muntah perlu direhatkan daripada sebarang aktiviti memancing demi untuk memulihkan kesihatan dan kesegaran tubuhnya. Namun dalam apa jua keadaan, mangsa muntah perlu dikawal kerana ketika memancing dalam bot, kemudahan rawatan adalah terhad. Justeru, anda adalah jururawat dan anda juga doktor ketika itu.
Langkah terbaik, rehatkan mangsa muntah dalam keadaan separuh berbaring di luar kabin atau di tempat terbuka. Kalau boleh di belakang bot. Ini untuk mendapat udara laut yang segar. Tetapi ingat, pastikan mangsa tidak menyedut asap enjin kerana boleh memburukkan keadaan.
Mangsa muntah jangan diganggu. Benarkan mereka tidur terus sehingga terjaga sendiri. Insya-Allah mereka yang terbabit itu akan beransur pulih dan dapat meneruskan aktiviti memancing. Tetapi anda tidak perlu memaksa diri mereka untuk melawan pening dan muntah selepas baru pulih.
|
|
|
|
| Posted by CupidChaoS on 2008/10/31 18:25:10 (29 reads) |
MASIH banyak petua atau amalan yang perlu dilakukan oleh pemancing terutama kepada pemancing laut dalam yang sering menghadapi mabuk atau mual tekak ketika ekspedisi.
Pandangan beberapa veteran nelayan boleh diberi perhatian mengenai masalah ini. Mual atau mabuk laut berlaku sejak dulu lagi dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasinya. Hasilnya, pelbagai cara dan kaedah dilakukan bagi mengekang musibah itu yang pasti akan membantutkan keseronokan dan pemburuan. Namun paling mudah dan berkesan ialah dengan membawa makanan ringan seperti buah-buahan atau gula-gula yang tidak keterlaluan masamnya.
Gula-gula yang ada rasa masam biarkan sentiasa berada dalam mulut untuk mengelak tekak tidak kering. Cengkih juga dapat membantu sebagai langkah ikhtiar mencegah daripada menghadapi mabuk atau mual serta tekak kering.
Pernah berlaku dalam beberapa aktiviti memancing laut dalam, keadaan cuaca panas terik mengakibatkan beberapa kaki pancing diserang mabuk, mual-mual dan tekak kering. Walaupun mereka sudah meneguk beberapa botol air tetapi keadaan masih berada pada tahap yang sama. Namun setelah diberi cengkih untuk beberapa ketika, keadaan mabuk dan kering tekak dapat dipulihkan.
Kemudian anda perlu mengelak daripada terus mendedahkan diri di bawah bahang panas matahari dalam tempoh yang lama.
Faktor lain yang perlu diambil kira ialah memakan buah-buahan masam yang mengandungi banyak air supaya badan sentiasa berada dalam keadaan lembap dan berair selain daripada berpeluh.
Pada masa sama, anda perlu mengambil tindakan ketika berada di laut untuk mengelak daripada terus mabuk dan muntah.
Antara petua terbaik demi menjaga keselamatan, anda dinasihatkan tidak membongkok di bibir bot dengan menghulurkan kepala keluar ketika melepaskan muntah. Perbuatan ini sangat berbahaya kerana risiko anda boleh terhumban ke laut sangat besar dalam keadaan kawalan diri anda yang sudah tidak menentu atau tidak seimbang itu.
Namun dalam apa juga keadaan, kerjasama daripada semua pemancing dalam bot mesti dilakukan bagi bertindak sebagai sebuah pasukan.
|
|
|
|
| Posted by CupidChaoS on 2008/10/31 18:10:00 (39 reads) |
MASALAH mabuk laut masih terus diperkatakan. Ini kerana kelemahan yang sukar dikawal dan dirungkai sebabnya itu menjadi satu masalah besar kepada pemancing. Di mana saja kita pergi, orang akan bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah berkenaan terutama yang dialami pemancing baru.
Beberapa lagi petua untuk diamalkan yang kadang-kadang kita pandang remeh tetapi memberi kesan yang baik untuk mengatasi pening atau muntah ketika di laut atau sekembalinya kita ke darat.
Pernah berlaku kepada beberapa rakan pancing yang baru berkenalan dengan laut mengalami mabuk teruk hingga terpaksa dipapah naik ke darat. Ada juga antara mereka juga rebah dan merangkak.
Jika ini berlaku, langkah pertama yang perlu diambil ialah mangsa perlu direhatkan untuk beberapa ketika dalam bot sebelum di naik ke darat. Bantu mangsa berdiri dengan cara memimpin (bantuan kawan). Jangan sekali-kali biarkan mereka turun dari bot atau memanjat tangga jeti sendiri. Ini untuk mengelakkan mangsa jatuh dan kepalanya terhentak pada benda keras atau terhumban ke laut di pangkalan.
Rehatkan mangsa di tempat redup dan kawasan lapang di darat. Lakukan rawatan ringan seperti memicit tengkuk dengan menyapu minyak angin serta memberi minum air masak. Jika boleh, sediakan makanan masam bagi membasahkan tekak yang sudah kering itu.
Setelah rasa lega cuba bangunkan mangsa. Jika didapati keadaan berdirinya masih belum dapat dikawal dengan baik, rehatkan mangsa buat kali kedua. Lakukan ini beberapa kali. Insya-Allah mangsa akan dapat mengawal diri walaupun masih terasa bumi yang dipijak bergoyang ketika berjalan dalam rumah atau berada dalam tandas.
Nasihat Pak Nuri, anda (mangsa yang mabuk di darat) akan mengalami rasa tidak menentu ini untuk beberapa ketika. Namun, jangan bimbang. Anda perlu banyak berehat dan tidak keluar berjalan dalam keadaan langkah yang belum terkawal. Berehat dalam keadaan duduk atau separuh duduk dan tidak digalakkan berbaring kerana ini boleh menyebabkan pening anda bertambah teruk.
Langkah akhir anda jangan serik turun ke laut. Amalkan untuk jadikan petua bagi segala pengalaman pahit dan manis ketika berada di laut mahupun di darat. Kekalkan nilai pepatah bahawa 'alah bisa tegah biasa'.
|
|
|
|
| Posted by CupidChaoS on 2008/10/21 23:13:26 (90 reads) |

Awas, jangan sekali-kali cuba memancing dalam Taman Laut
DUNGUN: Pelbagai lubuk di perairan daerah ini menjadi tumpuan pemancing terutama hujung minggu. Batu Karang dan tukun tiruan dihuni ikan bermutu tinggi seperti jenahak, merah, kerapu, bayan, ketarap mahupun gerong belang, asoh dan landuk.
Pak Din, seorang tekong terkenal di sini berkata, Tukun Darat adalah lubuk terdekat yang banyak dihuni ebek dan gerong pulau. Dasarnya dipenuhi tukun konkrit dan simen yang menjadi tempat ikan membiak mahupun berkumpul.
Penulis beberapa kali menewaskan ebek dan gerong pulau di sini. Pada kunjungan terbaru, Saiful menaikkan seekor gerong pulau lebih 8 kilogram (kg) di tukun itu. Lazimnya, ebek mendiami Tukun Darat beratnya antara 3 kg hingga 5kg. Perambut yang sesuai digunakan antara 30 hingga 40 paun dengan panjang tiga depa.
Jika mahu memancing ebek melebihi 6kg, pemancing boleh berkunjung ke Unjam Laut tidak jauh dari Pulau Nyireh. Masa terbaik memancing ebek di sini antara jam 10 pagi hingga 1 tengahari. Ebek yang dipancing di sini mampu mencecah 10kg seekor.
Struktur dasarnya daripada pelbagai teras dan batang kayu yang dibuang untuk dijadikan lubuk. Kedalaman air kira-kira 40 meter sangat sesuai menggunakan set pancing sederhana berat.
Selain ebek, gerong belang dan cermin banyak mendiami Unjam Laut. Pada satu trip memancing, rakan penulis iaitu Mat Tahir menewaskan ebek seberat 6.8kg.
Kebiasaannya perambut yang digunakan di sini antara 50 paun hingga 70 paun. Pak Din menceritakan, beliau pernah menewaskan seekor ebek seberat 15kg di sini beberapa tahun lalu tetapi sekarang agak sukar untuk berjumpa ebek melebihi 10kg.
Tukun Kapal Kain sentiasa menyediakan stok ikan bersisik bernilai tinggi. Nama itu diberi oleh tekong dan pemancing kerana kapal yang karam pada 1970-an itu membawa muatan kain.
Biasanya ikan kerapu, jenahak, merah dan siakap merah adalah spesies utama buruan kaki pancing di sini. Waktu selepas Maghrib sehingga jam 11 malam dan 3 pagi sehingga Subuh masa terbaik memburu ikan bersisik.
Jenahak biasanya mencari makanan sebaik saja matahari tenggelam. Pemancing disaran menggunakan perambut kasar 80 paun hingga 100 paun untuk mengelakkan putus kerana banyak struktur tajam di dasar yang boleh menghampakan mereka. Pak Din pernah menewaskan seekor ikan merah seberat 13kg ketika memancing di Kapal Kain selain merah suman yang juga banyak terutama sewaktu arus lemah.
Umpan sotong segar seekor umpan terbaik memancing di sini. Sekiranya ebek yang dicari pemancing perlu mengangkat umpan sekitar tiga meter dari dasar, manakala ikan cermin dan ikan sisik umpan perlu sentiasa berada di dasar. Umpan ikan sardin hidup juga boleh digunakan semasa memancing di Tukun Kapal Kain.
“Pemancing tidak perlu takut sekiranya berlaku ribut kerana bot boleh berlindung di Pulau Tenggol. Tetapi perlu diingatkan kawasan sekitar Pulau Tenggol dan Tokong Timur adalah Taman Laut. Ini bermakna pemancing dilarang sama sekali memancing dalam jarak 2 batu nautika dari pulau itu,” kata Pak Din.
INFO: Sotong, ikan hidup umpan tenggiri
SOTONG segar dan ikan kembung hidup adalah umpan terbaik untuk menjinakkan tenggiri di beberapa lubuk sekitar perairan Pulau Tenggol yang dijadikan lokasi utama pusingan akhir Karnival GP 2008, esok.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Dungun, Mat Yassin Mohamed, berkata peserta Kategori Laut juga diingatkan tidak tidur atau balik awal kerana tenggiri bersaiz besar lazimnya mencari memakan umpan antara jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi.
Katanya, pemilihan tarikh pertandingan juga amat tepat kerana keadaan arus perlahan.
“Jika pada pusingan keempat Karnival GP Joran 2008 pada Ogos lalu, juara mampu menjinakkan tenggiri seberat 9.42 kilogram, tetapi kita yakin kali ini akan menaikkan tenggiri lebih besar.
“Berdasarkan keadaan arus bawah dan pengalaman nelayan tempatan, tenggiri bersaiz besar gemar keluar mencari makan dan kembung segar hidup umpan paling digemari,” katanya.
Mat Yassin berkata, bagi memastikan peserta tidak pulang dengan tangan kosong, mereka diminta tidak tidur pada awal pagi kerana ketika itu pelbagai spesies ikan bersaiz besar dan bermutu tinggi.
|
|
|
|
| Posted by kakipancing on 2008/10/14 12:23:55 (107 reads) |
 BERAT: Zamari menumpaskan ikan layar lebih 30kg di perairan Rompin yang bakal menjadi gelanggang RPBIC 2008, minggu depan.
|
|
|
|
|