|
| Posted by jacksparrow on 2009/7/28 15:43:57 (757 reads) |
Syirik yaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Umumnya menyekutukan dalam Uluhiyyah Allah, yaitu hal-hal yang merupakan kekhususan bagi Allah, seperti berdo'a/memohon sesuatu perkara kepada selain Allah disamping berdo'a kepada Allah, atau memalingkan suatu bentuk ibadah seperti menyembelih (kurban), bernadzar, berdo'a dan sebagainya kepada selainNya.
Karena itu, barangsiapa menyembah selain Allah berarti ia meletakkan ibadah tidak pada tempatnya dan memberikannya kepada yang tidak berhak, dan itu merupakan kezhaliman yang paling besar.
|
|
|
|
| Posted by kakipancing on 2009/7/16 13:29:09 (2453 reads) |
JESSICA bergambar bersama ikan air tawar gergasi yang berjaya dipancingnya.
KENT - Seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun, Jessica Wanstall mencipta satu rekod baru apabila dia memancing ikan air tawar gergasi dengan berat lebih 90 kilogram dan panjang hampir 2.8 meter, lapor sebuah akhbar semalam.
Bapanya panik apabila melihat Jessica tiba-tiba diseret ke tebing sungai itu apabila ikan tersebut memakan umpan jorannya tetapi bergegas membantu anaknya.
Pelajar di sebuah sekolah rendah Britain itu berpeluh selama 20 minit sebelum berjaya menaikkan ikan tersebut dengan bantuan bapanya ketika mereka memancing di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.
|
|
|
|
| Posted by kakipancing on 2009/7/15 12:55:05 (445 reads) |
 MANCHESTER: Alex Ferguson memperkenalkan pembelian baru yang diharap akan terbukti sebagai satu lagi tindakan bijak, tetapi masih boleh berubah memakan diri sendiri buat pengurus Manchester United itu.
Sekalipun diapit oleh trio penyerang terbaru - Michael Owen, Antonio Valencia dan Gabriel Obertan, Ferguson terpaksa mengakui hakikat betapa senarai pembeliannya sudah dirombak tatkala Madrid menaikkan harga pasaran Eropah.
Ia dengan pantas menamatkan sebarang minat ke atas Franck Ribery dan Karim Benzema buat Ferguson, yang sebelum ini menolak sebarang kebimbangan mengenai Cristiano Ronaldo menyertai Real Madrid dan Carlos Tevez ke Manchester City.
|
|
|
|
| Posted by kakipancing on 2009/7/15 12:53:26 (807 reads) |
SEORANG pegawai Syabas membuat kajian air dari Sungai Labu/Sungai Nilai Air Hitam.
SEPANG: Pencemaran Sungai Labu dan Sungai Langat dengan bahan kimia ammonia dan minyak diesel memaksa Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga) menghentikan operasi Loji Rawatan Salak Tinggi, Sepang dan Batu 11, Cheras, masing-masing mulai 6 Julai lalu dan semalam.
Pencemaran itu dipercayai berlaku sejak sekian lama tetapi sampai ke tahap kritikal dan membahayakan dalam masa seminggu ini berikutan penyusutan paras air kedua-dua sungai berkenaan kerana musim kemarau yang sekali gus menyebabkan kandungan ammonia meningkat.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abdul Halem Mat Som, berkata Loji Rawatan Batu 11 Cheras dihentikan operasi semalam, manakala di Salak Tinggi bermula 6 Julai lalu.
|
|
|
|
| Posted by kakipancing on 2009/7/15 12:51:19 (227 reads) |
 KUALA LUMPUR: RazakSAT, satelit remote sensing kedua Malaysia, berjaya dilancar ke angkasa pada jam 11.35 pagi waktu Malaysia dari Kwajalein Atoll di Kepulanan Marshall di Lautan Pasifik.
Selepas 20 minit dilancarkan, satelit seberat 180 kilogram itu memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi pertama dilancarkan ke NEqO, demikian menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pelancaran di Pulau Omelek itu menggunakan pelancar Falcon 1 Space Exploration Technologies (SpaceX) berjalan lancar selepas empat jam tertangguh bagi memenuhi keperluan teknikal.
|
|
|
|
|
| Posted by jacksparrow on 2009/7/24 18:25:29 (487 reads) |
Oleh Nuri Angkasa
KITA menyedari bahawa memancing sama ada di laut mahupun di sungai dan tasik adalah hobi yang masing-masing yang kadang kala berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan sama ada dalam perjalanan mahupun ketika berada di lokasi.
Kali ini, ruangan Petua Pak Nuri menumpukan fokus ketika memancing di laut yang banyak perlu diketahui oleh pemancing terutama pemancing generasi muda yang baru berjinak dengan hobi berkenaan. Pertama, untuk memahami tanda-tanda ribut akan melanda. Ia bermula dengan kemunculan awan hitam (kelabu pekat) yang menebal menutup kaki langit terutama di bahagian sebelah barat. Ini kemudian disusuli dengan angin yang mula bertiup agak kencang daripada biasa. Ia turut diikuti dengan pecahan gelombang kecil yang memutih di sana sini. Guruh sesekali berbunyi dan kilat memecah antara kumpulan awan hitam. Sejuk terasa di cuping telinga serta diikuti dengan keadaan bot mula dirasakan terumbang-ambing kiri dan kanan.
|
|
|
|
| Posted by kakipancing on 2009/7/16 13:28:01 (680 reads) |
 KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.
BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat.
|
|
|
|
| Posted by kakipancing on 2009/7/15 12:54:21 (406 reads) |
 MANCHESTER: Gandingan Carlos Tevez-Emmanuel Adebayor kian menjadi satu realiti ketika Manchester City dengan status kelab kaya ghairah untuk memecah masuk dalam kelompok 'Big Four' untuk menggegar pentas Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.
Tevez � penyerang Argentina yang berada dalam dilema sebelum ini bersama Manchester United � sudah bersetuju menyertai City dengan ikatan kontrak lima tahun, kelmarin dan kini, barisan pimpinan Mark Hughes itu tampak menghampiri usaha mendapatkan sumbangan Adebayor dari Arsenal yang dianggarkan bernilai £25 juta (RM145 juta).
Penyerang antarabangsa Togo itu jika sah menyarung jersi City bakal menerima gaji £170,000 (RM986,000) seminggu.
|
|
|
|
| Posted by kakipancing on 2009/7/15 12:52:43 (605 reads) |
PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin terpaksa diusung selepas diserang histeria, semalam.
ARAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (SMKSS) di sini gempar apabila beberapa pelajarnya histeria selepas mendakwa melihat kelibat wanita dalam keadaan mengerikan berkeliaran di pekarangan sekolah itu, pagi semalam.
Selain kemunculan wanita muda yang cuba membunuh diri dengan tali meliliti lehernya, beberapa kelibat lain seperti wanita yang mati dirogol dan dibunuh secara kejam turut dikatakan berkeliaran di sekitar kawasan sekolah, dipercayai menjadi punca utama kejadian histeria.
Keadaan itu menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan pelajar SMKSS yang baru pulang dari menyertai Latihan Perkhemahan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Bukit Ayer dekat sini, meraung, meracau dan menangis secara tiba-tiba.
|
|
|
|
| Posted by kakipancing on 2009/7/14 7:25:13 (258 reads) |
TAWAU: Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini jam 5.28 petang.
Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.
Katanya, pada hari itu kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.
|
|
|
|